Friday, February 22, 2013

Tanda Anda Terkena Sihir Atau Buatan Orang


Kta sbg manusia memang takkn pernah lari dari melakukan kesilapan. astaghfirullahal adhim {ampunkan dosa2 kami Ya Allah}

Saudara2 ku, bentengkan diri dari terkena perkara2 yang tidak diingini & awas dengan mereka yang menggunakan sihir sebagai perantara untuk memusnahkan sesama kita {manusia}. Nk tau tak, mcm mana kalau kta terkena sihir??  +_+,

Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku.

Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari normal seorang manusia Contohnya: mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Halusinasi merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang pelik yang orang lain tak nampak seperti; wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau.

Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.

Salah satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir yang bermaksud: 

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri2) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari & Muslim)


Rambut sama hitam, hati lain2. Memang kene btul dgn sesiapa yang mengamal sihir untuk menyakiti saudaranya.  

Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Tp alhamdulillah, sampai sekarang aku masih kuat untuk bertahan. Penyakit aku memang dh lali dlm masyarakat kta. Kalau bwk pg klinik skalipun, doktor pasti sah kan itu 'Alergik". haha tkper la, pendapat masing2. Aku terima jugak dgn hati yg terbuka.  Ylh kn, sekarang pun aku amalkan makan ubat2 alergik. Blh la, utk tahan diri dr garu sana sini. Malu jugak aku, kalau ada yg tgok. =)

  Aku sendiri pun tak tau, sampai bla la agak nya penyakit ganjil ni hilang dari tubuh badan aku. Aku percaya orang halus itu ada. Sebab, kewujudan Allah s.w.t sendiri kita tak nampak kan??  =)

aku berserah pada Allah s.w.t,  mungkin juga ini satu teguran dari DIA untuk aku. aku redha. kalau dulu aku tak faham apa makna redha, sekarang aku mengerti dan memahami.. 

Semoga kesembuhan milik aku jua akhirnya amin...

Thursday, February 21, 2013

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

 Selamat petang =)

 Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

 “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasullullah menjawab
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

{Hadis riwayat Ahmad & Abdul Hakim}

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
    (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,

Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita."

Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.


______________________________________________________________________

Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Wednesday, February 20, 2013

Tak Selamanya Bahagia, kn??



Dalam kesibukan Wiwek tetap akan cari sikit masa untuk menulis. Lama dah rasanya tak buat camni. Sekarang ni, Wiwek msh sibuk dgn management. Dh nama "Kerja" pun kan? komitmen dgn yg lain rasa nya terbatas kesemuanya. Al-maklumlah, karier ni lebih penting dan Wiwek abadikan di tpt yg keempat dlm hidup. Perkara2 yang diklasifikasikan sebagai "jantung hati" hee {mengada-ngada2}

       Walaupun sekarang ni, Wiwek dh bersama lagi dgn org yg ta sepatutnya; dgn kata lain {mmg tak ptt pun}, apa blh buat, Jodoh kot. 

                            Kata hati Wiwek ckp {kalau sendiri tknk, pasti tak jalan punya}

Mula2 mmg la, semua nya indah. huhu 
     Dan sekarang, mcm berulang balik plk cerita yg kurang menyenangkan. Nak diluahkn, tak perlu rasanya. Cukuplah aku coretkan disini,biar beban yg aku rasakan semakin berkurangan inshaa allah {dengan izin allah}

     Kita sbg manusia, btul2 hanya perlu merancang. Tetapi sygnya, yg menentukan kesemuanya adalah Allah s.w.t.