Wednesday, December 16, 2015

6th medical check up

08 december 2015 (27 minggu)

Kalau tak silap aku, ni lah yang terakhir kali aku pergi klinik sebulan sekali. Betul kan??

dah masuk trimester ketiga

hati aku makin dup dap dup dap. Dh tak boleh nak kontrol. Perasaan teruja semakin ke belakang hahahaha

perasaan hepi aku kene kontrol oleh ke'nervous'an. wish me luck babe

berat 56.1kg (turun lagi)
tekanan darah 110/70
tinggi rahim 26cm
jantung 140/m

next appointment 
* scan 18 december 2015 (jumaat)
hope baby ok hendaknya


5th medical check up

10 november 2015 (23 minggu)

- berat 56.4 kg
- tekanan darah 110/70
- tinggi rahim 23cm
- jantung 142

ubat kene tukar jd 'new obimin'. Pil iron aku tak leh telan. Asal telan, nak muntah la, pening la.. & bla..bla..blaa

4th medical check up

13 October 2015 (19 minggu)

- berat makin naik 53.7kg (alhamdulillah :')
-tekanan darah masih ok
- tinggi rahim 19cm
- jantung 150/m
 - hb 12.1

misi cakap, kecik lagi baby awak ni. (dalam hati 'janji dia sihat, & doktor tak cakap apa2 pun' soo, aku kira ok lah tu) amin

doa: hope dia & aku ok

3rd medical check-up

Bulan lepas aku pergi scan. Alhamdulillah baby ok. Aku sangat takut sebelum nak pergi scan. Macam2 yang aku fikirkan. Al-maklumla, pertama kali katakan :D

15 September 2015 (15 minggu)
- berat 51.5kg ok naik walaupun sikit
- tekanan darah masih ok, alhamdulillah
- BSP, tiap2 bulan kene pergi 2 minggu sekali aku sangat fedap


2nd appointment medical check-up mengandung

17 Aug 2015
Masalah sangat2 bila dapat tahu 'BSP aku naik' after minum air glukosa. Mana tidaknya, aku kena pergi sekali lagi ke klinik keesokan harinya. Kalau aku ni suri rumah tangga sepenuh masa, takper la plak. BOleh la cuti sesuka hati aku, kan??

Berat badan aku turun jadi 50.6kg. Nasib misi tak bising. kihkihkih
HB aku pun ok 13.4

Hari ni, kandungan aku berusia 11 minggu. Masih terlalu awal kan. Tp aku & en suami bersyukur sesangat. Alhamdulillah, semoga allah melindungi anak ni. amin

Morning Sickness

Paling aku benci 'morning sickness'. Tiap kali lepas makan, mesti muntah. Baik tak yah makan. Tp bila aku ingat ada baby dalam perut ni, alahai aku kene kuat jgak lah kan. Kesian kat die 




1st time medical check up untuk "mommy preggy"

Pertama kali aku pergi buat medical check-up untuk kehamilan ni pada 20 July 2015, Hari Raya yang keempat.

Act pagi tu aku memang dah nak daftar, tp bila tengok misi semua mem"bz"kn diri, aku terus ajak hubby pergi KKM dulu, nak sahkan aku preggy ke tak, walaupun aku dh guna "UPT" & memang dh terang2 double line.huh!!


Yang ni aku mengaku, aku memang bangang gler.. yang aku pergi ekot cakap adik ipar aku pasai apa. hahaha... Dia mana pernah guna UPT utk check sendiri. Nak beli benda alah tu pun, dia tak tau macam mana rupa. 

"kak, better u pg KKM, mtk surat utk sahkan u mengandung. Lepas tu baru u pg daftar." tu yg dia ckp kt aku sebelum aku nak pg daftar pg tu.

ok continue d story di KKM jam 11am

KKM tu baru jer beroperasi, n aku tak pernah lagi masuk sana. Nak cari tpt utk ambil no pun kita tak tau. Sambil marah2, jumpa jgak tpt tu. haha.. Ylh kan. Jam dh lewat, perut dah berbunyi mtk diisi. Byk hal...

bila dah habis register, kena sukat tinggi, timbang berat, check suhu badan, darah & bla...bla..bla..
baru la boleh jumpa doktor. Nak tggu doktor plak, punya la lama. 1/2 ke 1 jam jgak la masa terbuang, barula no giliran kita appear. Doktor suruh plak kita pg check UPT kt makmal. Nasib kat stu tak perlu tggu. Sekejap jer terus dpt result. 

Alhamdulillah, result yg aku dpt sama & buat UPT sendiri tu tak menipu laa. haha... bengong (dh pg check sendiri, kena check skali lagi. tu pun pasal ekot ckp org)


isi perut dulu, baru pergi register (sempat lagi nak melantak, klinik bukak jam 2, hikhikhik)


Serius la aku cakap 1st time masuk jer memang aku tersangatlah blurr & malulah jgak. Bila masuk jer benda pertama yang saya nampak bukannya orang, tp tray & dalamnya banyak buku color merah.
kenapa tak der tpt ambik no ni???
Masa itulah, kebodohan aku dtg balek.. Tp nasib jugak ada misi kat kaunter. Tak macam pagi td, misi tak der kat dpn kaunter. Aku ni bukannya kategori peramah glerr sgt2.Takut jgak bila yang dtya kang, tak mau jwb balek, kan malu sendiri. Al-maklumla, rambut jer sama hitam. Hati & perangai lain2 kan?? 

Then, aku pergi kat kaunter sambil cakap slow2 kat misi tu. hihi.. (saya nak register) Misi tu tanya dah buat check-up ker belum kat klinik untuk mengesahkan yang aku mengandung, then aku jawab dah n aku pass surat dari KKM kat dia. Pastu, misi tu minta IC aku dan juga husband. Ambil nombor sekali dan misi tu suruh tunggu sehingga dipanggil.

                                        

Timbang berat & check air kencing


Bila dah kena panggil, macam-macam maklumat yang misi tu tanya untuk ditulis dalam buku merah yang aku bakal dapat tu (hai, dah macam pg interview la plak) 

Lepas tu, misi tu mtk air kencing. La aku lupa nak bawak sekali. So, dia bagi aku pnjam botol kecik. Dia siap pesan kat aku, next appointment kena bawak skali air kencing after bangun tdo. huh!! nasib aku la

Bila dah check tu kan, dia org heran nape air kencing aku lain ckit result nya. Dia tya kat aku          "ko baru lepas minum air manis ker?" Aku iyakan aje sambil tersenyum.. :') (aku kan baru lepas melantak nasi ayam dengan hubby td) hahaha Berat aku plak masa tu 52.3 kg jer. Tekanan darah pun ok2 jer. Alhamdulillah
Lepas tu, misi suruh aku masuk satu bilik n baring. Dia check jantung baby. Masa check tu, aku pregnant 7 minggu. So, belum dapat dengar sangat. Itu yg misi bgtau aku.


so, my next appointment 
 * minum air glukosa 17 Aug 2015 jam 9 am
 * scan 20 Aug 2015 jam 8am

next story tggu yer :') ...





1st Time raya after Married

After 9 month

Selamat Hari Raya 2015 hehehe, 'lambat wish, itupun di penghujung december 2015' maafkan aku yer kengkawan

Raya kali ni, tersangatlah teruja & best glerrr, sebab kiter dh ada En Suami. kihkihkih
nak mtk angpau banyak2 kalo cam ginih

Raya kali ni best sebab, inshaa allah aku & en. suami bakal jdi mommy & daddy next year 2016. Doa-doakan untuk kami yer 
doa yang baik-baik untuk aku n baby yang bakal klua nanti... semoga dipermudahkan segalanya amin





























Tuesday, December 15, 2015

Saya dah kawen

Siapa nak kawen? Angkat tangat, sambil jerit 'saya, saya!!' Jerit 2 Kali baru nampak effort tu. hahaha

Kursus kawen dah ambik, takkan tak jadi nak kawen, kan?
So, keluarga bakal husband dh bertandang ke rumah kiter, berbincang benda yang sepatut-patutnya. Alhamdulillah tarikh keramat dah pun dipilih iaitu 26 September 2014 Jumaat. 

Majlis kami hanya simple saja. Ambil yang wajib jer. :') Sebelah saya dan bakal suami bukanlah orang berada.



sebelum berangkat ke JAIS, bakal hubby ajak snap dulu menyempat



6 pasangan - sama2 mendengar khutbah pasal perkahwinan



tunggu giliran untuk di akad nikahkan dari kiri, bakal hubby, aku, mak aku & mak saudara bakal hubby


sesi 'berjabat tangan' hihihi
En. Hubby cakap, waktu tu jiwa die rasa tenang je. Macam tak ada masalah langsung. Kosong jer.. yang pelek nya, aku pun sama mcm dia alhamdulillah


bagi duit mas kawen RM120 senyum gelisah saat tu, kami dua jer yang paham




sesi menyarung cincin


'maafkan kami.. maafkan kami.. maafkan kami3x kihkihkih'




dari kiri adik aku, edisarlan, abdarami, ayah aku, aku, husbadn, mak aku & last skali bapak mertua aku


best friend from secondary 1

Yang paling sedeh, gambar majlis kat rumah tak di ambil. So, ini je la pic yang aku boleh kenang sampai tua nanti sob...sob..sob..

26 September 2014

First thing first : Kursus Kahwin


Semuanya aku dengan bakal husband yang uruskan. Bukannya tak der mak ayah, tapi kita kena belajar sendiri, jangan nak asyik harapkan orang tua jer kan...kan..kan.. hihihi

At first nya, adik aku no.2 yang dah ada bunyi pasal nak kawen. Entah dari mana datangnya "jodoh aku sampai dulu", alhamdulillah lah kan. Rezeki...

Aku dah siap isi online pasal nak kursus kawen, siap bayar yuran RM50 sorang. Semua dah settle, tggl nak tggu waktu jer pg kursus. Yang paling best, tarikh kami sama la plak. So apa lagi, kami berempat plan pergi sekali. Senang, habis cerita. At least, aku ada la jgak geng mendengar ceramah-ceramah dari ustaz ustazah masa tu, kan...

Yang best nya, ustaz dekat situ akan suruh kau dengar je. Nak tidur pon dia bagi. Kalau tak selesa tidur atas kerusi, nak baring tidur atas lantai pon dia kasi. Hahaha memang sempoi. Pastu semua jenis tak kisah kalau kau tak salin nota ke apa, sebab semua benda yang dorang cakap semua dah ada dalam buku 'memasuki gerbang perkahwinan' yang dorang kasi. Aku memang suka la bab tak payah menyalin nota ni. Pergi kursus kawen ni macam tengok MLM je aku rasa. Sebab ustaz ustazah banyak cerita benda kelakar. Ustaz bab Cerai/Talak tu paling aku suka, cerita pasal sorg bini ni yang suka sangat nak keluar dari rumah. So, hubby dia ckp kalau kau keluar dari pintu tu, maka jatuhla talaknya. Tp si bini ni memang bijak betul, dia keluar ekot tingkap. hahaha So, next plan hubby dia, hubby dia ckp, kalau kau keluar mana-mana pintu dan tingkap dari rumah ini, maka jatuhlah talak. Kelakar gila. Terbahak-bahak aku gelak :D.. Yang tgh sodap-sodap tdo tadi tu, semua nya bangun bila terkejut dgr kami gelak bagai nak gila. 

20 & 21 August 2014