Friday, February 22, 2013

Tanda Anda Terkena Sihir Atau Buatan Orang


Kta sbg manusia memang takkn pernah lari dari melakukan kesilapan. astaghfirullahal adhim {ampunkan dosa2 kami Ya Allah}

Saudara2 ku, bentengkan diri dari terkena perkara2 yang tidak diingini & awas dengan mereka yang menggunakan sihir sebagai perantara untuk memusnahkan sesama kita {manusia}. Nk tau tak, mcm mana kalau kta terkena sihir??  +_+,

Antara tanda terkena sihir atau buatan orang adalah seringkali ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik. Ini merupakan antara simptom terkena sihir yang biasa dan sering berlaku.

Pelik yang dimaksudkan di sini adalah menyuruh melakukan sesuatu yang luar biasa, atau keluar dari normal seorang manusia Contohnya: mencederakan diri sendiri ataupun membunuh diri.

Halusinasi merupakan antara simptom yang dikaitkan dengan sihir. Ternampak sesuatu yang pelik yang orang lain tak nampak seperti; wajah seseorang yang telah lama meninggal dunia, atau mungkin bayangan sesuatu peristiwa lampau.

Ada juga yang memberikan tanda seperti melihat sesuatu yang di luar kebiasaan, seperti nampak yang kurus itu gemuk, yang cantik itu buruk, yang gelap itu terang dan seumpamanya.

Salah satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim ada menerangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w pernah disihir yang bermaksud: 

Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri2) sedangkan ia tidak mendatangi mereka" (HR: Bukhari & Muslim)


Rambut sama hitam, hati lain2. Memang kene btul dgn sesiapa yang mengamal sihir untuk menyakiti saudaranya.  

Aku pernah mengalami situasi seperti ini. Tp alhamdulillah, sampai sekarang aku masih kuat untuk bertahan. Penyakit aku memang dh lali dlm masyarakat kta. Kalau bwk pg klinik skalipun, doktor pasti sah kan itu 'Alergik". haha tkper la, pendapat masing2. Aku terima jugak dgn hati yg terbuka.  Ylh kn, sekarang pun aku amalkan makan ubat2 alergik. Blh la, utk tahan diri dr garu sana sini. Malu jugak aku, kalau ada yg tgok. =)

  Aku sendiri pun tak tau, sampai bla la agak nya penyakit ganjil ni hilang dari tubuh badan aku. Aku percaya orang halus itu ada. Sebab, kewujudan Allah s.w.t sendiri kita tak nampak kan??  =)

aku berserah pada Allah s.w.t,  mungkin juga ini satu teguran dari DIA untuk aku. aku redha. kalau dulu aku tak faham apa makna redha, sekarang aku mengerti dan memahami.. 

Semoga kesembuhan milik aku jua akhirnya amin...

No comments:

Post a Comment