Friday, November 16, 2018

1st Preggy

18Dec2015

7 bulan dah pun

alhamdulillah baby masih gerak active, walaupun berat dia tak la cecah sampai 1kg time ni. tp syukur sgt2 yang dia sihat.

Jantina masih tak dapat dikenal pasti.

22Dec2015

mggu ni aku dah start pergi 2kali seminggu. Penat weii

sekg jer naik berat badan waktu ni

5Jan2016

Kena jumpa misi lagi.

11Jan2016

8bulan usia kandungan aku waktu ni. Aku dah siap prepare nama baby yang bakal lahir. Daddy dia, sibuk tya jer. Tolong carikan nama memang tak. Oleh kerana aku tak tau jantina baby, so aku pilih satu boy & satu girl

15Jan2016

Scan lagi. Waktu ni berat baby dh cecah 1.719kg

19Jan2016
check lagi kat KKIA

2Feb2016
check lagi kat KKIA

16Feb2016

hari ni aku kena pg dua tempat. Satu kat Klinik Jawa untuk check HB, lepas tu pg pulak ke KKIA kat malihah. Penat

19Feb2016

Scan balik kat MJC. Semakin dekat dengan tarikh, makin kerap pulak scannya. Baby waktu ni 2.571kg

Bismillahirrahmanirrahim

Siti Hanna melahirkan maryam, dan siti maryam melahirkan nabi isa. Keluarlah wahai anak yang hendak dilahirkan dengan kekuasaan penguasa allah yang disembah

29Feb2016
Aku dah start maternity leave. huhuhu

1Mar2016
check lagi kat KKIA Malihah

8Mar2016
check lagi kat KKIA Malihah

9Mar2016
aku pergi serah diri. Sebab tanda2 nak bersalin belum ada lagi. huhu

10Mar2016
Nurse janji nak suruh aku admit labor room. Untuk pecahkan air ketuban. CM masih jer 3. Tp alhamdulillah masih tak rasa sakit

12Mar2016
12am, nurse panggil aku untuk masuk labor. Baby masih degil tak nak keluar. haha
Waktu tu, aku rasa hepi sgt, sbb tak perlu tggu lama lagi kat ward. Boring. Then aku terus call hubby waktu tu jugak. Dia terus dtg teman aku kat labor room.

Doktor suruh tukar baju, then baring atas katil. Mak aii sejuknya bilik labor. Memang tak dpt aku lupa. Then satu org doktor india masuk explain ada 3 cara untuk hilangkan sakit. Aku terus pilih epidural. Tak fikir panjang pun. Sampaila husband aku cakap,"macam bahaya jer, cucuk pun boleh salah. better ambik injection jer"

So, aku terus la bgtau kat doktor india tu, yang aku pilih injection jer. Sempat jugak dia tya knp. Aku ckp jer, husband tak suruh ambik epidural. Dia terus  diam.

Dalam pukul 1 atau 2 pagi, dia org start inject. Waktu tu jugak la aku nak pg kencing. Tapi doktor cakap tak boleh dah, sebab ubat dah masuk. Dia cakap takper, nanti saya tolong puan kencing. Lucu pun ada bila dengar dia cakap macam tu.

Malang tak berbau, bila jer dia org nak tolong aku kencing, air kencing merecik. hahaha
haa padan muka korang. Tadi aku dah cakap nak pergi kencing kan. :)

Sibuk la dia org mengelap segala dinding yang terkena air kencing. Itulah padahnya bila tak dengar aku punya cakap.

Lepas tu, dia org tinggalkan aku dengan husband & satu org assistant. Agak2 jam 3am, contraction berlaku. Sakitnya, cuma Allah jer yang tau. Aku terus baca surah Nabi Yunus tak henti2. Sebelum tu aku memang ada baca, yang sakit nak beranak ni umpama nak berak. Aku cakap gak dgn assistant doktor tu yang aku rasa nak berak. Dia sempat jwb aku, yang dia nak tidur dulu. Bila aku dengar dia cakap macam tu, apa boleh aku buat kan. Takkan nak menjerit kat sana pulak. Aku try tahan sambil baca surah tu. Kesian tengok husband, ngantok kat tepi katil. Tapi dia temankan jugak aku. TQ

Sampailah jam 4am, aku dh menggigil sebab nak tahan rasa sakit tu. Barulah assistant tu bangun sambil marah aku. "Jangan la buat bunyi macam tu" haha... Aku bukan sengaja pun, dh memang sakit.

So, dia check jalan. Ha dh 10cm. Kalau jam 3am tadi dia check, aku memang dh boleh teran gamaknya.

4:54am keluarlah baby gurl dengan selamatnya. Agak2 macam 4 kali teran kot. Lupa pulak

Aku namakan dia BUNGA AURELLIA WILDA BINTI AZROY
berat dia 2.93kg

ALHAMDULILLAH

No comments:

Post a Comment